1- Bagaimanakah RM240 dibelanjakan?
Sumbangan Korban/Aqiqah RM240 adalah penyertaan untuk satu (01) bahagian Korban/Aqiqah dari tujuh (07) bahagian bagi seekor lembu. Sumbangan Tuan/Puan RM240 akan dicampurkan dengan sumbangan enam (06) peserta yang lain untuk membeli seekor lembu Korban.
RM240 x 7 peserta = RM1680
Harga lembu Korban semasa tahun 2013 yang sihat dan gemuk (kita amat teliti dalam pemilihan lembu bagi memaksimumkan keafdhalan ibadat Korban/Aqiqah) di Kemboja adalah dalam RM1400-RM1550 untuk seekor. Kita andaikan harganya ialah RM1470 untuk seekor.
RM1680 (Duit Terkumpul Dari 7 peserta) - RM1470 (Harga Lembu) = RM210
RM210 adalah lebihan dari sumbangan tujuh (07) peserta Korban bagi seekor lembu yang dibeli. Nilai derma untuk seorang peserta dalam program Korban Kemboja ialah:
RM210 ÷ 7 peserta = RM30
Jadi, derma Tuan/Puan bagi setiap RM240 yang disumbangkan dalam program ini ialah RM30.
(Jika dikenakan RM260 untuk satu (01) bahagian Korban, tentulah duit lebihan Korban itu akan menjadi lebih besar jumlahnya, iaitulah:
RM260 x 7 peserta = RM1820
RM1820 (duit terkumpul dari 7 peserta) - RM1470 (harga seekor lembu) = RM350
Jadi duit lebihan bagi seekor lembu ialah RM350, jika satu (01) bahagian Korban/Aqiqah dari tujuh (07) bahagian ialah RM260).
Apa yang penting bagi kami ialah menjalankan amanah membantu saudara kita di Kemboja yang memerlukan bantuan dan sumbangan bagi pembangunan Islam di sana . Sementelahan pula, ini bukanlah satu bentuk perniagaan untuk mencari keuntungan tetapi lebih berupa usaha mempertautkan ukhuwwah dan silaturrahim antara saudara seMuslim kita. Fikir-fikirkan lah.
2- Kemanakah duit lebihan RM210 bagi seekor lembu Korban/Aqiqah disalurkan?
Duit lebihan tersebut akan disalurkan kepada perkara-perkara berikut:
1. Pengurusan. 2. Dana Kelas Fardhu 'Ain . 3. Sumbangan Ibu Tunggal. 4. Fakir Miskin. 5. Derma untuk Pembangunan Masjid. 6. Sumbangan Duit Raya
Perbelanjaan 'Pengurusan' adalah perbelanjaan atau kos bagi modus operandi kami bagi menjalankan amanah Korban/Aqiqah bermula dari kos pengiklanan sehinggalah lembu Korban/Aqiqah disembelih dan kami kembali semula ke tanahair.
Secara terperincinya, perbelanjaan ini adalah meliputi:
1- Pengiklanan. (percetakan borang Korban, fotostat, pengagihan borang ke masjid2 dan surau2 disekitar KL dan Selangor).
2- Tiket penerbangan KL – Phnom Penh – KL (AirAsia) untuk team kami 'Team Sinar Korban Kemboja' seramai empat (04) orang: 4 orang x RM550 (harga tiket) = RM2200. (Jika penyertaan peserta tidak ramai dalam program ini terpaksalah kami mengeluarkan belanja sendiri bagi menampung kos operasi ini. Seandainya jika ada sepuluh (10) ekor lembu sahaja bermakna duit lebihan terkumpul ialah RM210 x 10 ekor lembu = RM2100. sedangkan tiket sahaja kosnya RM2200. fikir-fikirkan lah!
3- Penginapan di hotel dan homestay. Kami bermalam sekurang-kurangnya empat (04) malam di hotel di Phnom Penh : satu malam (01) pada hari ketibaan dari KL dan tiga (03) malam selepas selesai 'kerja' Korban/Aqiqah iaitu pada hari berangkat ke KL. Kos hotel adalah RM150 untuk satu bilik dan kami memerlukan dua (02) bilik 'two sharing':
RM150 x 2 bilik = RM300 bagi satu malam
RM300 x 4 malam = RM1200 (adalah untuk kos hotel bagi empat (04) malam)
Penginapan kami di homestay di kawasan pendalaman Kemboja mengambil masa sekurang-kurangnya tiga (03) malam. Kami akan memberikan saguhati pada tuan rumah lebih kurang RM600.
5- Sewa kenderaan beserta pemandu sepanjang kami berada di Kemboja. Kos untuk sewa kenderaan (pacuan 4 roda/van) ialah RM350 bagi satu hari. Kami akan menyewa kenderaan tersebut sekurang-kurangnya selama lima (05) hari:
RM350 x 5 hari = RM1750.
6- Imbuhan untuk wakil kami di Kemboja yang membuat tempahan lembu Korban, mengatur jadual kami dan pengagihan daging Korban ke kampung-kampung dan kawasan pendalaman. Merekalah yang banyak membantu kami bagi memastikan program ini berjalan lancar.
7- Kos percetakan (fotostat) dan 'pengeposan' sijil penyertaan Korban/Aqiqah. Setiap peserta (yang beralamat lengkap) akan diberikan sijil penyertaan yang ditandatangani oleh Imam Kampung/Ketua Kampung sebagai bukti bahawa amanah telah disempurnakan. Sijil akan diposkan kepada peserta selepas 3-4 bulan 'kerja' Korban/Aqiqah disempurnakan.
8- Kos Panggilan Tempatan dan Antarabangsa.
Dana Kelas Fardhu Ain adalah meliputi saguhati/imbuhan kepada Guru-Guru Agama, pembelian alat-alat tulis, buku tulis, buku-buku teks, Al Quran, peralatan sekolah, pakaian sekolah, pemberian telekong Solat dan sebagainya.
Untuk makluman Tuan/Puan, Guru-Guru Agama di sana tiada gaji tetap bulanan, mereka hanya mengharapkan ihsan dari orang kampung yang rata-ratanya adalah dalam keadaan serba kekurangan. Paling banyakpun pendapatan mereka sebulan adalah dalam sekitar RM30 – RM40 sahaja. Fikir-fikirkan lah!
Sumbangan Kitab Kelas Fardhu 'Ain
Wakil kami di Kemboja akan membuat tempahan lembu berdasarkan amanah yang kami terima dari Tuan/Puan. Lembu-lembu Korban/Aqiqah tersebut akan diagihkan ke kampung-kampung terpilih.
Apabila kami tiba ke Kemboja, kami akan memastikan bahawa lembu-lembu tersebut adalah mengikut kriteria 'keafdhalan' dalam ibadat Korban/Aqiqah. Mana-mana lembu yang tidak menepati kriteria tersebut akan diganti dengan lembu yang lain.
Sebelum penyembelihan disempurnakan, kami akan membaca nama-nama peserta Korban/Aqiqah, kami akan memastikan penyembelihan dilakukan dengan kehadiran kami dan dalam pengetahuan kami.
Tuan/Puan boleh lawati: www.youtube.com/abuadame66 untuk melihat modus operandi penyembelihan yang dilaksanakan oleh kami.
Daging Korban akan diagihkan ke kawasan pendalaman dan kampung-kampung terpencil yang 7-8 jam perjalanan dari Phnom Penh . Ada di antaranya hanya kenderaan pacuan 4 roda sahaja yang boleh memasukinya. Di antara kampung-kampung yang kami lawati mereka mengatakan bahawa kami adalah 'orang Malaysia' pertama yang sampai ke kampung mereka dan sebelum ini belum pernah daging Korban diagihkan kepada mereka.
Antara kampung-kampung yang kami agihkan daging-daging Korban ialah: Kg KM34, Km31, KM30, KM25, Km24, KM21, KM20, KM16 (Daerah Khebob), Rumchek, Chhlong, Chor Chomrong, Chor, Jui Cham, Rhor, Thnot, Pum Tmer, Jumnit, Roka Khnor, Pum Syoi, Ampel, Pas, Khepop, Prik Kut, Pum Triel, Meak, Sriel Viel, Sper, Stern dan lain-lain lagi.
7- Bolehkah saya memberikan sumbangan dalam bentuk lain dari sumbangan Korban?
Ya, boleh, Tuan/Puan boleh memberikan sumbangan dalam bentuk derma, sedekah, zakat, fidyah, kaffarah dan lain-lain lagi untuk diagihkan kepada umat Islam di sana . Kami akan mengagihkannya kepada golongan yang amat memerlukannya dan akan digunakannya bagi pembangunan syiar Islam di Kemboja.
8- Apakah aktiviti lain yang dijalankan oleh Team Sinar Korban selain program Korban Kemboja?
Banyak lagi aktiviti-aktiviti lain yang kami jalankan samada di Malaysia atau di Kemboja, dan kami mengalu-alukan sokongan Tuan/Puan, antaranya ialah:
1- Majlis Iftar di bulan Ramadhan.
2- Bantuan Beras kepada fakir miskin.
3- Bantuan Kewangan kepada Guru-Guru Agama Kemboja.
4- Bantuan Kewangan kepada Pelajar-Pelajar Kemboja di Malaysia.
5- Wakaf Telekong Solat.
6- Percetakan Kitab-kitab Agama (Wakaf).
7- Pembinaan Madrasah/Pondok Pengajian.
8- Pembinaan Asrama.
9- Pembinaan Masjid.
5- Wakaf Telekong Solat.
6- Percetakan Kitab-kitab Agama (Wakaf).
7- Pembinaan Madrasah/Pondok Pengajian.
8- Pembinaan Asrama.
9- Pembinaan Masjid.
Sekianlah serba ringkas penerangan yang mampu kami tuliskan di sini agar semua usaha yang dijalankan ini mendapat perkenan, restu dan dikurniakan keberkatan di sisi Allah swt.
Terimakasih,
Ust Dr Rahmat Abdullah (019 393 2200)












